Thursday, 23 May 2013

Definisi Membaca

DEFINISI MEMBACA

Membaca merupakan sesuatu proses yang berkait rapat dengan elemen-elemen lain seperti kebolehan memahami agar pembaca mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh penulis menerusi petanda-petanda dalam sesuatu ayat. Pembaca memerlukan daya imaginasi yang tinggi agar dapat memahami mesej yang ingin disampaika dalam sesuatu bahan bacaan.
Membaca adalah satu tindakan komunikasi iaitu proses berfikir yang melibakan idea, kenyataan dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantaraan lambang-lambang bahasa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:143).
Membaca juga memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang tinggi untuk memahami makna daripada teks yang bercetak (Cohen 1990).

No comments:

Post a Comment