Thursday, 23 May 2013

Belajar Membaca



Belajar Membaca
Salah satu perkara yang perlu disedari ialah kebanyakan masyarakat tidak memainkan peranan penting dalam pembelajaran untuk membaca. Salah satu sumber yang membuktikannya ialah pertama kanak-kanak yang membaca sebelum memasuki sekolah tidak ada hubungan yang kuat antara IQ dengan bacaan awal. Kedua, kajian menunjukkan bahawa IQ hanya lemah berhubung dengan pencapaian membaca pada tahap 1 dan 2. Menurut Rawson,1995 dan Shaywitz, 2003 menyatakan bahawa kanak-kanak yang mempunyai IQ yang melebihi purata menghadapi kesukaran belajar membaca.

1)      Tahap Awal Membaca
Sebelum kanak-kanak belajar membaca, mereka memperoleh perbendaharaan kata daripada percakapan orang lain dan mengamalkan sebutan tersebut serta menggunakan perkataan itu dalam perbualan harian. Dalam tahap awal membaca, seseorang pembaca haruslah mengetahui kesedaran fonologi dan fonem serta fonik.
            Kesedaran Fonologi ialah pengenalan bahasa lisan yang dibahagikan kepada beberapa komponen utama seperti ayat kepada perkataan-perkataan, kata-kata ke dalam suku kata dan akhirnya fonem. Fonologi juga berkaitan unit bunyi termasuklah suku kata perkataan, mengira sukukata, mengenalpasti fonem dalam perkataan dan menjana rima perkataan.
            Kesedaran Fonem merujuk kepada pemahaman perkataan yang terdiri daripada bunyi dan bunyi tersebut boleh dimanipulasi untuk mencipta perkataan baru. Kanak-kanak menyedari bahawa perkataan ‘buku’ mengandungi empat fonem iaitu /b/, /u/, /k/, /u/.
            Kaedah Fonik digunakan untuk melatih murid-murid mengenal huruf melalui padanan huruf dengan bunyi. Kaedah ini digunakan untuk memudahkan penguasaan asas membaca. Teknik ini dapat meningkatkan daya ingatan, penglihatan dan pembelajaran.

 2) Kefahaman Membaca
Kefahaman membaca ialah suatu sistem yang merekod semua maklumat yang berkaitan secara kontekstual dalam pemikiran seseorang pembaca. Kefahaman dalam bacaan boleh dibahagikan kepada beberapa ketegori iaitu kefahaman literal, kefahaman inferensi dan kefahaman kritikal.
Kefahaman literal ialah memahami makna perkataan yang dibaca, makna ayat, huraian isi serta idea utama, urutan idea, perbandingan serta sebab dan akibat.
Kefahaman infensi pula mencangkupi kesimpulan, mengeluarkan idea utama, membuat perbandingan, membuat jangkauan, dan menunjukkan perkaitan antara sebab dan akibat.
Kefahaman kritikal pula ialah membandingkan fakta dan pendapat, menentukan kecenderungan dan gaya bahasa penulis, menentukan tujuan penulis serta memahami perkara yang bahan yang dibaca.  

3)      MODEL MEMBACA
Imbasan fungsi pengimejan telah memberi gambaran dengan jelas daripada kawasan saraf yang terlibat dalam membaca, kita boleh membangunkan model berkenaan untuk mengetahui bagaimana cara pembaca baru  mula-mula mengunakan minda untuk membaca. 

Pembaca Baru
Korteks visual merekod perkataan dan menghantar maklumat tersebut kepada rantau perkataan untuk dianalisis. Kawasan Broca bekerja untuk menganalisis perkataan dalam komponen fonem dan sebutan. satu bentuk perkataan visual kemudiannya dihasilkan  dan leksikon akal ditakrifkan untuk mengenalpasti bentuk visual. Setiap ejaan, sebutan dan makna merupakan  proses yang sangat perlahan. Selain itu, walaupun leksikon tidak dapat mengenalpasti bentuk visual tetapi maklum balas maklumat berkenaan boleh mengaktifkan konteks visual serta penyahkod dan pengekodan kawasan yang memberikan maklumat tersebut. 

Pembaca yang Mahir
Pembaca yang mahir menggunakan pelbagai strategi setelah selesai membaca dengan membuat sinopsis berkaitan bahan bacaan yang dibaca berdasarkan plot, tujuan dan perspektif penulisan bahan bacaab tersebut. Mereka juga akan memberikan tindakbalas dengan memberikan pendapat terhadap bahan yang dibaca. Selain itu, pembaca yang mahir juga meguji pemahamannya dengan meyimpan rekod berkaitan isi bahan bacaan. Mereka juga menggabungkan maklumat baru dan lama untuk membuat membuat kesimpulan tentang bahan yang dibaca.

No comments:

Post a Comment