Monday, 6 May 2013

Masalah Dalam Membaca



Masalah dalam membaca.

Masalah Persekitaran

Faktor persekitaran yang tidak kondusif merupakan salah satu masalah dalam membaca.Terdapat tiga faktor persekitaran yang ditemui iaitu (i) keluarga, (ii) sekolah, dan (iii) rakan. Faktor keluarga, sekolah dan rakan sebaya merupakan antara faktor masalah membaca masih berlaku. Persepsi ibu bapa juga begitu lebih mementingkan subjek seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan mereka sanggup menghantar anak-anak mereka belajar (tusyen) untuk subjek tersebut tetapi tidak pada bahasa Melayu yang mereka anggap mudah lulus dan kurang penting, tetapi sebaliknya anak-anak bukan Melayu pula yang menghantar anak-anak mereka belajar atau tusyen bahasa Melayu kerana subjek ini penting untuk mendapatkan biasiswa. Faktor sekolah juga adalah penyumbang kepada masalah ini. Masalah membaca ini sepatutnya sudah selesai atau tidak lagi ada bagi murid darjah 6. Contoh, guru pada masa ini lebih fokus kepada murid untuk menghadapi peperiksaan sahaja. Sepatutnya, guru perlu mengatasi kelemahan membaca ini dari dahulu lagi ketika mereka dikenal pasti lemah dalam membaca.

Masalah Psikologi

Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalam terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya. Terdapat dua faktor yang berkaitan dengan psikologi, iaitu (i) kurang minat belajar dan (ii) kurang mengambil perhatian semasa belajar. Faktor tidak minat membaca merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada wujudnya masalah  dalam membaca dalam kalangan murid. sikap kurang minat membaca dalam diri adalah berpunca daripada kegagalannya untuk menguasai kemahiran membaca dengan baik. Contoh, tumpuan belajar dari murid itu kurang, misalnya semasa pengajaran di bilik darjah murid-murid seperti ini kurang mengambil perhatian terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Perkara ini juga, berkait rapat dengan sikap dan tabiat belajar seseorang murid. Sebab murid yang pandai membaca mempunyai sikap dan tabiat rajin belajar berbanding dengan murid yang lemah membaca ini. Bila diperhatikan semasa mengajar murid-murid kurang memberi perhatian menyebabkan mereka menghadapai masalah dalam membaca.



Masalah  Individu

Faktor individu berkait rapat dengan kecerdasan dan kebolehan membaca. Murid murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami dengan cepat bahan bacaan yang dibaca berbanding murid yang lemah membaca. Murid-murid ini juga mempunyai ingatan yang lemah dan tidak dapat mengingat maklumat dan apa yang telah dipelajari dalam jangka masa yang panjang. Bagi sebilangan subjek guru, faktor kecerdasan murid atau individu adalah berkait rapat dengan kebolehan membaca mereka. Kecerdasan murid yang rendah menjadikan individu berkenaan tidak boleh mengingati apa yang dipelajari untuk jangka masa panjang dan menyebabkan murid-murid ini membuat tanggapan yang meleset dari apa yang telah dipelajari.

Masalah Fizikal 

Kecacatan yang ringan terhadap deria akan mendatangkan kesan negatif terhadap kebolehan membaca tetapi kecacatan yang berat boleh menyebabkan tidak berkeupayaan membaca. Antara kecacatan fizikal yang amat mempengaruhi keupayaan membaca ialah penglihatan juling, rabun jauh dan rabun dekat. Simptom ini akan menyebabkan masalah kepada seseorang kanak-kanak untuk menggunakan penglihatan pada peringkat awal dalam kemahiran membaca iaitu mencerap imej huruf yang dipaparkan pada permukaan yang bertulis.

Masalah Keturunan

Terdapat kajian yang mengatakan faktor keturunan kuat mempengaruhi kemampuan untuk belajar. Contohnya, kanak-kanak kembar menunjukkan kemampuan yang berbeza dalam pencapaian. Begitu juga kajian yang mengaitkan pencapaian pelajar membaca dengan latar belakang keluarga membuktikan anak yang berasal daripada keluarga yang tidak tahu membaca lebih lemah berbanding anak yang berasal daripada keluarga yang tahu membaca.



Pendekatan dalam mengajar membaca
Pendekatan Binaan
 
  • •    Pendekatan ini dikenali juga sebagai pendekatan sintesis.
  • •    Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad.
  • •    Dalam pembelajaran bahasa, murid akan belajar secara beransur-ansur daripada peringkat    yang lebih mudah kepada yang kompleks.
  • •    Hal ini bertujuan bagi memudahkan murid memahami apa yang telah dipelajari secara berstruktur dan menyeluruh.
  • •     Dalam pendekatan binaan, murid akan diajar dengan cara atau kaedah dalam menulis abjad, seterusnya suku kata,perkataan, frasa, ayat sehingga mereka boleh mencapai kaedah penulisan pelahiran iaitu melahirkan wacana dengan baik.
  • •     Sebagai contoh, bagi peringkat pratulisan, murid akan diperkenalkan dengan beberapa bentuk yang seakan-akan membentuk huruf seperti bentuk condong, bulatan, separa bulat, zig-zag dan sebagainya.
  • •    Hal ini bertujuan untuk melatih kemahiran otot halus mereka agar bersedia sebelum menulis abjad.
  • •     Setelah mereka berkebolehan dan mengetahui cara untuk menulis kesemua abjad, maka guru   akan membimbing murid untuk membina suku kata mengikut diagraf tertentu iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup seperti perkataan kv+kv, atau kv+kvk dan sebagainya.
  • •    Hal ini menunjukkan murid sudah bersedia untuk menulis secara mekanis iaitu menulis frasa,klausa, ayat dan seterusnya.

Pendekatan Cerakinan

•     Mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil.
•     Pendekatan ini menghasilkan kaedah pandang dan sebut.
•     Pendekatan ini pula bertujuan agar murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata,  perkataan dan ayat dengan baik.
•     Maka daripada sebuah ayat lengkap, guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca.
•    Daripada beberapa perkataan,guru akan membatangkan perkataan tersebut mengikut suku kata tertentu seterusnya memperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap suku kata.
•    Pendekatan ini akan mempermudahkan lagi guru untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik dan kaedah membaca dengan betul.
•     Terdapat4 peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid-muridnya seperti latihan menyebut perkataan, latihan membatangkan perkataan kepada sukukata, latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama serta latihan membina dan membaca ayat sempurna.



 Pendekatan Komunikatif
•  Bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai satu komunikasi.
•  Matlamat pengajaran bahasa mengikut pendekatan ini ialah untuk membentuk apa yang 
    dimaksudkan oleh Hymes (1972) sebagai ‘keupayaan berkomunikasi’.
•  Menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi.
•  Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran 
    yang boleh mewujudkan situasi di mana:
1)  Pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap
2)  Tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja
3) Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan/secara berpasangan, dalam melakukan 
    pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif.
•  Aktiviti yang boleh dilaksanakan:-
  •  Bercerita
  • Teater pembaca
  • Laporan/ulasan buku
  • Choral speaking            

Pengalaman Bahasa (lea)
•     Memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca.
•     Apabila murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan, murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya. 
•     3 peringkat dalam proses membaca iaitu:-
·         lateral
·         Interpretasi & inferens
·         Penilaian makna 
•     Murid – murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat – peringkat tersebut.
•     Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut.
•     Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya.
•     Sebagai contoh:
Jika murid – murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan, ini akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan pelancongan.
•     Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut:
  1. Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain.
  2. Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka.
  3. Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid mengusai konsep.
  4. Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca.
  5. Guru perlu mempelbagaikan bentuk atau laras bacaan dalam pengajaran pembelajaran bacaan.

No comments:

Post a Comment